Khamis, 16 Februari 2012

jangan mengeluh!

In the name of Allah. The Beneficent and The Merciful.

May peace be upon you, peeps.

hari ni.
seperti hari-hari biasa.
dudok tercongok je depan laptop.
mengenang nasib diri di perantauan.
okay tipu. di perantauan tu sila buang.
mengenang nasib diri di rumah sendiri. haha.

terjumpa je orang. mesti dok tanya.
eah, tak kerja lagi?
dan saya mampu tersenyum. sahaja.

saya manusia biasa. tidak sempurna.
hari ni.
saya seakan-akan penat.
menanti. sudah banyak resume dihantar.
namun belum ada yang kena.
interview sudah banyak kali dilakukan.
belum ada jawapan.
mengeluh lagi. 

image dari sini [klik]

banyak kali hati memujuk diri sendiri.
"ah, belum ada rezeki kau tu. nanti adalah."
"takpe. kita usaha lagi okay."
"rezeki depa dah ada. kau belum cukup usaha kot untuk amik rezeki tu dari tangan Allah."

takpe. saya percaya dengan Yang Maha Memberi Rezeki.
saya teramat percaya dengan ketentuanNya.
kemudian, saya bermuhasabah diri.
fikir balik apakah perlu saya mengeluh.

rupanya, di sebalik tu. Allah berikan saya ilmu.
yang selama ini saya tak sedar.
Subhanallah. Allahuakhbar.

Allah bagi saya masa ni.
untuk menuntut seberapa banyak ilmu yang saya mampu.

masa ini lah.
saya berpeluang menghadiri ceramah-ceramah agama di masjid-masjid berdekatan rumah.
saya berpeluang untuk belajar menjadi seorang perempuan.
saya belajar memasak, kemas rumah.
saya diberi peluang untuk memperbaiki diri.
segala kelemahan yang saya ada, Allah berikan ilmu untuk saya belajar.
buku-buku di rak yang penuh debu, Alhamdulillah satu persatu dihabiskan.
ceramah agama di youtube diselongkar semata-mata untuk menimba ilmu.

ketika ini saya sedar.
duit bukan segala-galanya.
ilmu itulah harta.
harta buat bekalan dunia dan akhirat.

Allahuakhbar.
betapa saya tidak bersyukur.
Allah berikan saya peluang untuk meraih semua itu.
tapi, saya hanya mengeluh dan mengeluh.
Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim.

image dari sini [klik]

jadi.
pesan saya buat kalian yang mungkin dalam kesusahan.
mengapa kita hanya melihat kesusahan dan kesengsaraan diri.
lihat lah dari sudut yang lain.
betapa Allah masih sayangkan kita. Allah kurniakan kita bermacam-macam perkara.
tanpa kita sedari.

satu lagi kisah saya ingin kongsikan.
salah seorang sahabat saya.
ditimpa kemalangan. hari-hari merintih nasib nya yang kesusahan.
terdampar di katil dan bergerak dengan bantuan orang lain.

bagi diri nya, betapa aku menyusahkan orang lain.
malu. tidak mampu berdikari.

kemudian, seseorang memberitahunya.
alangkah ruginya dia tidak nampak kasih sayang Allah berikan kepadanya secara halus. 

kami kehairanan mendengar.
salah seorang sahabat menyambung perbualan nya.

alangkah ruginya awak hanya melihat diri awak yang serba kekurangan.
sedangkan Allah bagi kawan-kawan untuk menyempurnakan diri awak.
Allah bagi keluarga dengan limpahan kasih sayang yang tidak terhingga.
Allah bagi nikmat sakit, supaya kita sentiasa berpaut dan mengharap daripadaNya.

jadi, kenapa mengeluh.
kenapa takdir dipersalahkan dalam hal-hal sedemikian.

kita takkan berjumpa dengan pelangi, kalau tidak ada hujan dan matahari. 

sedikit kata-kata Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni untuk tatapan semua.
Ketika malam beransur-ansur terang, maka penderitaan pun akan segera berlalu, 
tekanan pasti akan hilang dan kesusahan akan segera pergi.

Jumaat, 10 Februari 2012

Mencintai sahabat kerana Allah

In the name of Allah. The Beneficent and The Merciful

May peace be upon you, peeps. =)

di dalam satu majlis.
ada kata-kata, yang membuat saya terkedu seketika.

"Mencintai sahabat kerana Allah. Kalau kita sayangkan sahabat kita kerana Allah, bawalah sahabat anda bersama-sama kembali ke jalan yang Allah redhai."

membuatkan saya terfikir.
berapa ramai dah sahabat yang saya bawak ke jalan Allah?
Astaghfirullahalazim.



Maafkan saya wahai sahabat-sahabat sekalian.
saya tidak memimpin tangan kalian untuk menuju ke jalan Allah. Astaghfirullahalazim.
saya betul-betul meminta maaf.
bahkan saya membawa kalian lalai dan leka. Astaghfirullahalazim.

kadang-kadang.
kita hanya memikirkan diri sendiri.
bagaimana untuk mengubah diri kita.
tapi sahabat-sahabat kita?
kita biarkan mereka meneruskan 'perjalanan' mereka.
Astaghfirullahalazim.
Maafkan saya, para sahabat. 

kalau niat kita berkawan hanya untuk menghiburkan hati.
anda hanya akan dapat hiburan.
kalau niat hanya untuk kekayaan.
kemewahan dunia yang kita dapat.
kalau niat kerana Allah.
hidayah Allah yang kita akan dapat insyaAllah.

sebab itu.
orang kata, kalau nak berkawan, pilih lah kawan-kawan yang elok.
kawan yang boleh tunjuk dan pimpin tangan kita ke jalan Allah.
insyaAllah dipermudahkan segala urusan kita. 

cheers!

ps : rindu nya dengan kesayangan-kesayangan hati. rindu teramat! =)

Ya Allah, lindungilah kesayangan-kesayangan hati ku dari segala bencana dan malapetaka. Kau limpahkan rahmat dan hidayahMu ke atas mereka. Aminn ya Rabb.

Selasa, 7 Februari 2012

hati yang telah dilukai

In the name of Allah. The Beneficent and The Merciful.

May peace be upon you, peeps.

warning : post ni adalah post yang teramat panjang. 

hari ni tetiba je rajin buat post banyak-banyak.
kalau tak, malas je memanjang. haha.
takpe takpe. :)

saya bukanlah seorang blogger yang femes.
menulis pun ikut suka hati je.
campur aduk bahasa.

okay, saya dah merapu. itu bukan niat asal. haha.

sebenarnya post ini ditujukan buat salah seorang sahabat saya.
semasa di universiti dahulu.
she asked me to do this post. niat saya hanyalah untuk membantu beliau.
Semoga Allah kuatkan hati nya untuk menghadapi dugaan ini. =)

dengan ilmu yang tak seberapa ada di dalam diri.
saya akan buat sebaik mungkin insyaAllah.

cinta antara lelaki dan perempuan. banyak dah kita tengok kan.
ada di antara mereka, happy ending. Alhamdulillah.
tapi, ada di antara mereka diuji.
Cinta yang suci terputus di tengah kebahagiaan.


broken heart.

jadi, bagaimana kita nak atasinya?
bunuh diri? menangis sampai jadi macam Kassim Selamat?
pergi melutut merayu pada yang dah tak sudi? *macam lirik lagu je. haha* *opss fokus!*
yelah isu berat macam ni. kena lah ada lawak-lawak skit.
kalau serious memanjang, bosan lah jugak.

I did mentioned a few tips in this post [klik]
tapi yelah. cara setiap orang lain kan.
tapi itulah cara saya suatu ketika dahulu.
It might be helpful for you yang tengah alami zaman-zaman kegelapan dalam bercinta. *wahh ayat aku! haha*

1) menangis.


melampau pulak air mata ni keluar. haha.

kalau dah nak keluar air mata tu, biarkan je dia keluar. jangan ditahan. yelah. konon nak jadi kuatkan. haha. sesekali biarkan air mata tu mengalir, tak salah. kita manusia biasa. kalau air mata tu mampu mengurangkan beban di hati, luahkan. lepaskan air mata tu. luahkan semua melalui air mata. biarlah mata bengkak macam bola pingpong ke, macam bola golf ke, sampai dah takde air mata lagi dah, takpe. lepaskan semua kesedihan tu. jangan biarkan sedikit pun tersimpan di hati. kalau ada lagi yang tersimpan, tu lah yang jadinya menangis sampai berbulan-bulan. yelahh. dah rasa pedih tu banyak sangat. yang buang nya sikit-sikit je. memang lah amik masa lama sikit nak buangkan sepenuhnya rasa tu. apa kata, kita lepaskan semua. biarkan marah, sedih, dendam mengalir keluar seperti air mata kita yang mengalir.

2) buangkan / simpan segala barang yang berkaitan dengan beliau

buangkan rasa cinta kita daripada dibazirkan kepada mereka yang tak menghargainya.

kalau terasa sayang nak buang, boleh simpan. tapi simpan di tempat yang kita tak nampak. simpan sehingga kita betul-betul kuat. maksud kuat kat sini, bukan badan ketak-ketak tuu. maksudnya, bila kita tengok barang-barang tu, kita dah tak rasa apa dah. relax je tengok barang tu. masa tu, kita boleh keluarkan balik barang-barang yang kita simpan tu. tips ini betul-betul sangat membantu.

3) jangan biarkan diri anda berseorangan dalam tempoh seminggu dua.


walaupun anda annoyed sangat dengan sahabat anda, tapi itu lebih baik daripada anda seorang diri memikirkan pasal beliau. lebih baik fikirkan pasal sahabat anda yang berjaya membuat anda annoyed kan. pergilah tidur bilik kawan seminggu dua. pergilah buat aktiviti dengan kawan-kawan. memancing ke, berenang ke, lumba lari ke, apa-apa lah aktiviti yang agak memenatkan. sebab kalau buat aktiviti sempoi je, otak anda akan senang lari dan memikirkan lagi dan lagi dan lagi masalah tersebut. lebih baik fikirkan penat di badan berbanding memenatkan otak memikirkan benda-benda tak berfaedah. tengok wayang ke. makan aiskrim sampai muntah dengan kawan-kawan ke. haha. tapi kalau makan aiskrim, pastikan kawan anda bukan on diet mode. kalau tak, dengan dia skali jiwa kacau. haha.

4) rehatkan minda dengan alam semulajadi.

subhanallah. indah ciptaan Allah. :)

kalau berpeluang, buatlah aktiviti yang mendekatkan kita dengan alam. naik bukit broga ke, berkelah kat tepi sungai satu hari suntuk. alam semulajadi ni, mempunyai aura mereka yang tersendiri. aura alam semulajadi yang menenangkan hati, akal dan jiwa insyaAllah. kalau nak hebat lagi, tuu gunung kinabalu tu, silalah tawan.  *melampau pulak bagi contoh kan. haha.* pergilah berendam satu hari suntuk kat dalam sungai. tenangkan jiwa di sana. best bila kita mendekatkan diri kita dengan alam semulajadi nih. lemak pun terbuang. mata pun sesedap mata memandang. haha.

5) bersangka baik dengan segala yang terjadi

kehilangan seseorang yang pernah kita cintai, bukan beerti kita kehilangan segala-galanya. kalau dulu pandangan mata kita hanya dia, sekarang tanpa dia, pandangan mata kita haruslah lebih meluas. kalau dulu sempit je pandangan sebab tengok dia je, sekarang, luaskan pandangan mata kita. lihatlah orang di sekeliling kita jugak. mungkin mereka jodoh sebenar kita? siapa tahu kan. mana lah tahu, bila kita meluaskan pandangan, kot-kot artis ke berjalan kat sebelah. boleh mintak autograf terus. hahaha. *okay merapu*

kehilangan si dia, bukan beerti kita tak cukup bagus untuk dia. harus ingat, cinta yang kalian beri untuk dia terlalu suci dan jujur sehinggakan Tuhan merasakan si dia tidak layak untuk menerima nya. hanya orang yang betul-betul layak sahaja menerima cinta awak tu. buat apa dibazirkan cinta yang suci untuk mereka yang tidak tahu menghargainya. mereka yang hanya memahami maksud cinta tapi tidak mendalami maksud nya.

6) jangan berdendam

hapuskan dendam; bersihkan hati; luruskan niat

sekalipun mereka telah melukakan hati kita, siapa kita untuk menghukum nya. kita tidak layak untuk menentukan hukuman untuk mereka. biarkan sahaja. jangan biarkan syaitan membisikkan dendam ke dalam hati kita. apabila kita berdendam, setiap kali melihat mereka yang berkenaan, kita akan semakin sakit hati. nanti penyakit sakit hati pulak yang timbul setelah kesedihan berlalu.

7) be strong!

semut ni nampak je kecik; tapi dia percaya dia boleh buat!

mungkin kalau tulis, macam senang je kan. nak menguatkan hati dan minda tu teramat susah. saya tahu. memang susah. tapi kita kena kuat menghadapi. biar kita tunjukkan kepada si dia, tanpa dia pun, kita boleh bergembira, ceria macam biasa. tunjukkan kepada dia "eleh, setakat kau takde dalam hidup aku, takde hal lah. aku lagi happy kalau kau takde." something yang macam tu. walaupun kita terpaksa berpura-pura. kadang-kadang berpura-pura ni, lama-lama ia jadi sebati dalam diri. automatik kita akan jadi kuat.
kalau boleh setiap masa, ucapkan dalam diri, kata-kata semangat. contoh : "ala, jumpa je pun. be strong wahai hati." "aku tau aku kuat. aku yakin aku boleh buat." "kehilangan seseorang takkan buat hati gua rapuh tau." tu contoh je okay. kalau nak buat ayat sendiri, lagi elok. =)

8) kembali mengadu dan memohon kekuatan daripadaNya.


semua ini takkan terjadi tanpa kita meminta pertolongan dari Nya. Hanya Dia yang berkuasa untuk memberikan kekuatan kepada kita. mengadulah, minta lah daripada Nya. pupuklah kasih sayang kita kepadaNya. insyaAllah itu yang terbaik. itu akan membantu kita menjadi lebih kuat. "mengapa perlu risau akan kehilangan cinta manusia yang tak kekal, sedangkan kita mempunyai cinta  yang maha hebat dan cinta yang takkan pernah luput sampai bila-bila." mintalah kepada Allah, agar dikuatkan hati kita, dikuatkan iman kita agar menghadapi dugaan ini dengan tenang. usah berputus asa meminta pertolongan daripada Allah. 

fuhh panjang kan. insyaAllah bermanfaat untuk semua.
tapi semua ini bergantung kepada keteguhan hati masing-masing.
mungkin akan mengambil masa berbulan-bulan untuk sembuh.
mungkin hanya sehari semalam je untuk sembuh.
itu bergantung dengan usaha kita dan kekuatan kita.

yang paling penting, carilah cinta yang hakiki.
jangan menjadi hamba cinta palsu.

sedikit kata-kata dari Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni sebelum penghabisan
"Aku tidak mampu mengubah masa lalu dan sekarang aku tidak mampu untuk mengetahui apa yang bakal terjadi di masa akan datang. Untuk itu, mengapa aku harus menyesali masa lalu dan gelisah menanti apa yang bakal tiba nanti?"

usah menyesal dengan apa yang terjadi di masa lampau.
anggaplah semua itu hanya lah ilmu untuk kita mematangkan diri kita.
dan jangan terus bersedih kerana kita tidak tahu apa bakal terjadi di masa akan datang.
hidup hanya sekali. kenapa perlu disia-siakan dengan bersedih? 



pesanan penaja : penuhilah hati dan lidah dengan berzikir nama Allah dan berselawat ke atas Rasulullah SAW. insyaAllah tenang hati dan jiwa. :)

cheers!

ps : all pictures credit to google. :)
ps lagik : ada sebarang penambahan daripada para pembaca, silakan. saya mengalu-alukan pendapat anda. :)
ps lagi dan lagi : segala yang baik itu hanya dari Allah. segala kekhilafan dan kelemahan itu, saya mohon ampun dan maaf.

Isnin, 6 Februari 2012

surat untuk ... [part 2]

In the name of Allah. The Beneficent and The Merciful

May peace be upon you, peeps.

post kali ni.
maaf kalau ada yang terasa hati. ada yang tak puas hati.
post kali ni dibuat secara spontan.
kalau ada yang tersalah silap, mohon ditegur. Barakallahu feekum


surat untuk encik-bakal-suami-dimana-saja-awak-berada-yang-tidak-diketahui-identitinya,

awak dah baca surat saya yang terdahulu?
takpe. awak boleh baca kat sini. [klik]

apa khabar awak encik-bakal-suami?
saya harap awak sihat dan diberkati Allah selalu.
awak dah solat dan baca al-quran hari ini?
Alhamdulillah saya tau awak dah buat. :)

encik-bakal-suami,
jagalah solat 5 waktu awak.
awak tak buat yang sunat tu dulu, xpe.
yang penting solat 5 waktu tu dulu awak jaga.
tapi, kalau awak dah buat solat sunat tu, Alhamdulillah.
awak bakal menjadi imam untuk keluarga kita.
amat penting untuk jaga hubungan awak dengan Allah.
kalau hubungan awak dengan Yang Maha Pencipta pun awak tak jaga.
macam mana awak nak jaga keluarga kita nanti? :)

kepada encik-bakal-suami,
sekarang ini.
saya tak mampu mencintai awak.
selagi kita tidak sah.
selagi wali saya belum mengamanahkan saya kepada awak.
selagi itu, saya belum berupaya untuk menyintai awak.
bagi saya, bercinta sebelum kahwin itu tidak penting.
kerana bercinta sebelum kahwin tidak menjanjikan apa-apa.
hanya syaitan yang bergembira dan menghasut kita ke arah kemungkaran. Astaghfirullahalazim.

encik-bakal-suami,
saya tak mintak awak menjadi kaya seperti Bill Gates.
kerana saya takut, dengan nikmat kekayaan, kita lupa segalanya.
cukuplah dengan makan, pakai untuk kita.
itu sudah membuatkan saya bersyukur Alhamdulillah.

awak encik-bakal-suami,
saya mengimpikan seorang imam.
untuk menjadi imam kepada keluarga setiap kali waktu solat.
memberi tazkirah selepas subuh dan maghrib.
mendengar dan membetulkan bacan ayat-ayat Al-Quran.
MasyaAllah. indah kan suasana macam tu. =)



ah. mesti orang fikir.
melampaunya permintaan saya. 
sedangkan diri saya belum tentu sebaik itu.

kerana diri saya belum sempurna lah.
saya mengimpikan seorang imam.
yang boleh memimpim makmumnya. ke jalan yang Allah redhai.

insyaAllah. saya juga.
mempersiapkan diri.
menjadi tulang belakang seteguh mungkin kepada encik-bakal-suami.
saya tidak seteguh Siti Khadijah.
saya tidak sepintar Siti Aisyah
saya tidak setabah Siti Fatimah.

tapi insyaAllah.
saya berusaha menjadi seperti mereka.
meletakkan Allah di tangga teratas.
Kekasih-kekasih Allah di tempat kedua.
berusaha menjadi seorang muslimah yang bukan sekadar nama.
seorang muslimah yang bukan sekadar luaran.
seorang muslimah yang bukan sekadar di atas kad pengenalan mahupun surat beranak.

InsyaAllah saya terus berusaha menjadi seorang muslimah luaran dan dalaman. :)



Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakhbar.


ps : gambar diambik dari cik puan google. 
ps lagik : peringatan kepada diri sendiri je benda ni. :)

Rabu, 1 Februari 2012

Wordless Wednesday #11

In the name of Allah. The Beneficent and The Merciful

May peace be upon you, peeps.