Rabu, 1 Februari 2012

bosan derr takde pakwe

In the name of Allah. The Beneficent and The Merciful.

May peace be upon you, peeps.

lama jugak dah tak merapu.
last merapu, emm hampa pi baca sendiri kat last post tu. hehe.

so, hari ni macam biasa.
merapu lagi. haha.
nama blog pun blog merapu. nak buat lagu mana kan. haha.

nak dijadikan cerita.
ada seorang member. member tersangat baik.
beliau texted saya. selepas sekian lama beliau menghilang. haha.




ayat pertama beliau ajukan selepas memberi salam.
"aku bosan derr jadi single. aku rindu nak ada pakwe."

nasib baik tak minum air tau. kalau tak, tersembur.
kemudian. saya reply.

"kenapa perlu ada pakwe? hidup single takde pakwe kan lagi best. tak buang duit. tak buang masa. kita pun tak lalai. boleh spend masa banyak-banyak dengan family dan kawan2."

"bosan la. takde orang nak text aku. takde orang nak sayang-sayang aku."

"aku ada sayang kau. aku sayang kau banyak tau. bukan sikit."

"sayang kau lain. sayang aku nak lain."

"buang masa je kau carik pakwe. baik kau pegi carik SUAMI. tu lagi best."

--------------------------



sehingga sekarang, sering tertanya-tanya.
penting sangat kah mempunyai seorang pakwe.

bukan kah ada Tuhan di hati kita sebagai kekasih.
susah senang kita, Dia sering bersama di sisi kita.
dah la kalau nak bagitau masalah kita, tak perlu susah-susah nak carik public phone.
tak perlu risau kredit habis ketika kita dok membebel pasal masalah kita.
kerana Dia Maha Mendengar.

saya tau. semua orang menginginkan Mr Right / Ms Right.
saya juga. nak yang macam ni, nak yang macam tu.
kerana terlalu mengejar Mr Right, saya melepaskan seseorang yang sangat berhati mulia.
ah. kisah lama. =)




biasa mendengar "Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." kan?
saya sangat percaya akan ayat tu.
anda tak percaya? cuba buat dulu.
jadikan diri anda seorang yang baik. =)

kepada kawan saya tu.
lupakan lah niat tu nak cari pakwe.
takdak faedah pun.

baik awak fokus dengan pelajaran awak.
awak dah final year dah ni. jangan hampakan harapan mak ayah awak.
kerana ilmu adalah harta yang paling mahal.
untuk bekalan dunia dan akhirat kelak.

awak cantik, awak baik.
awak penyayang.
jangan risau. awak akan dapat lelaki sebaik awak.





jangan biar diri awak yang mencari CINTA.
biar CINTA itu hadir dengan sendiri.


ps : gambar tu semua, thanks to cik puan google.

1 orang yang join merapu jugak:

AmOY FaTimAh BieBeR berkata...

hahhaha...ku tauk sapa pun keysah tok.......memamg betol rasa mok disayangi oleh 'seseorang' ya memang ada......tapi masanya belum sampay..so..nikmatilah masa dengan member2 anda...sebab mun dah da 'sayang' lak.....bengong xtauk nak kuar ngan sapa.hahhahahahha....