In the name of Allah, The Beneficent and The Merciful
Assalamualaikum dan Hai :)
hari ni saya buat post merapu lagi *sejak bila post blog gua tak merapu kan*
kepala tengah pusing.
idea pulak mencurah-curah ke ladang gandum dan *POPPP*
gambar ambik kat sini <klik> atas bantuan Cik Puan Google
surat kepada awak, encik-bakal-suami =)pertama sekali,saya nak ucapkan tahniah.sebab awak berani.jumpa ibu bapa saya.dan bodyguards saya yang lain.menyatakan hasrat murni awak tu.encik-bakal-suami,saya bukanlah seorang yang sempurna.rupa pun takde lah se-comel lisa surihani.alhamdulillah bersyukur kerana mempunyai mata hidung mulut.lengkap sebagai seorang manusia alhamdulillah.kalau awak mengharapkan seorang yang secantik miss universe,ternyata saya tidak layak untuk awak.dan saya bukan lah perempuan melayu terakhir.kadang-kadang, saya ni pun tak betul jugak. haha.masih banyak lagi yang perlu diperbaiki.untuk menjadi seorang muslimah.insyaAllah dengan kehadiran encik-bakal-suami.semoga kita saling memperbaiki segala kekurangan dan tingkatkan lagi kelebihan yang Maha Esa kurniakan kepada kita.bantulah saya.bimbing lah saya dan bakal-anak-anak nanti.ke jalan yang Allah redhai.saya tidak meminta harta dan wang ringgit.tidak pula meminta encik-bakal-suami menjadi se'sweet' dan se'romantis' dalam drama korea tu.saya tak minta encik-bakal-suami bagi bunga ros tiap-tiap hari, belikan gelang emas penuh sampai siku.tak tak. saya tak mintak semua tu.*tapi kalau nak bagi jugak, alhamdulillah. hahaha*saya hanya meminta daripada encik-bakal-suami,
- jaga solat dan hati awak.
- kuatkan iman di dada awak.
- dekatkan diri awak kepada Yang Maha Esa
- jadilah IMAM untuk saya dan anak-anak.
- nanti boleh la kita solat berjemaah.
- boleh jadi telinga ketika saya mengaji kalimah Allah nanti.
- boleh pergi ke masjid untuk mendengar ceramah bersama-sama.
itu lagi sweet kan. :)kalau boleh,saya inginkan seperti kisah cinta Fatimah dan Ali bin Abi Talib.setia sehingga akhir hayat mereka.(^^)vapa?tak mampu?takpe. masih ada masa lagi untuk berubah. =)saya pun masih lagi belajar untuk menjadi 'tulang belakang yang terbaik' encik-bakal-suami.kalau awak rasa awak lah encik-bakal-suami sayaboleh awak penuhi permintaan saya?sekian,yangpenat menulisingin memohon jasa baik awak,bakal-isteri-awak-yang-agak-agak-cun *perasan jap*



3 orang yang join merapu jugak:
sweetnya...minx copy..:)
sila sila.
amik je :)
sangat manis :)
Catat Ulasan