Jumaat, 18 November 2011

bila hang nak menikah?

In the name of Allah. The Beneficent and The Merciful

Salam dan hai. :)

waahhhhh.
lama sangat dah tak update blog.
yee. saya mengaku.
semakin malas nak bermanja dengan laptop.
lebih gemar bermanja dengan TV dan katil. *burok perangai anak dara nih*

eah, tak kerja ke?
ohh belum lagi. InsyaAllah nak melanjutkan pelajaran lagi. :)

okay. cukup untuk hal itu.

sebenarnya nak cerita pasal benda lain.

hari tu,

situasi satu,

*letak buku "Kalau hati merindu, bernikahlah" atas meja*
mak : aikk? awat hang pi baca buku ni? hang nak menikah ka?
me : tak boleh ke mak? nak tambah ilmu.
mak : baguih la kalau hang nak tambah ilmu. ni mak nak pesan, klu dah gatai sangat nak menikah, hang pi carik keja. baru mak suh hang kawen.
me : orang baca buku ni je la mak. zzzz~

situasi dua,

*perbualan dengan member*

me : eah, hari tu aku daftar masuk kelas pastry and cake. adalah jugak activity berfaedah aku buat sepanjang duduk kat rumah.
member 1 : gila kentang kau. nak menikah dah ka?
member 2 : mak aihh! gosip panas niii..
me : aku nak tambah ilmu je laaa. zzzz~

kahwin!
yaa. itulah konflik selepas tamat belajar.
soalan wajib ditanya : bila hang nak menikah?


meh saya bagi tips macam mana nak mengelak untuk menjawab soalan cepu emas tu.
sebarang kesan di kemudian hari hendaklah ditanggung sendiri. haha.
warning : ni bagi yang belum nak menikah sahaja. kalau yang betul-betul menikah tu, hampa jawab la betul-betul.

jawapan #1
"bila hang nak menikah?"
".................................................... hang cakap dengan aku ka? ingatkan cakap dengan dinding tu."

jawapan #2
"bila hang nak menikah?"
*terus tengok henpon. buat-buat sibuk. lalalala*

jawapan #3
"bila hang nak menikah?"
"tok kadi sebok ni ha. beliau tak free lagi nih." *sambil msg tok kadi*

jawapan #4
"bila hang nak menikah?"
*tunjuk buku bank korang.*
pastu cakap "agak-agak duit aku ni cukup tak kalau aku nak menikah esok lusa?"

jawapan #5
"bila hang nak menikah?"
*sambil lap peluh kat muka*
"awat soalan hampa susah sangat? soalan SPM pun takdak susah lagu ni"

selamat berSPM ya adik adik. =)

jawapan #6
"bila hang nak menikah?"
*pengsan kan diri anda serta merta*

jawapan #7
"bila hang nak menikah?"
"aku tunggu Lisa Surihani pinang aku. baru aku menikah" #boys
"aku tunggu Nickhun Pukul Dua Petang (2pm) masuk meminang" #girls #kpop

comel kan lisa macam ni =)

dia ni pun comel jugak. hihi =P

jawapan #8
"bila hang nak menikah?"
"talian hayat takdak ka?"

jawapan #9
"bila hang nak menikah?"
"banyak sangat calon ni. tak tahu nak pilih yang mana. Diana Amir ke, Lisa ke, Fasha ke.. haihh serabut lah kepala."

boleh gunakan jawapan di atas.
tapi sebarang kesan terjadi seperti
makan menggunakan tiub atau tapak kaki si penanya di perut anda
ditanggung sendiri. haha.

ps : semua gambar di atas adalah hasil sumbangan ikhlas Cik Puan Google.

panjang dah merapu.
sekian. =)

have a nice day peeps! :)

1 orang yang join merapu jugak: